30 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza selepas pengumuman gencatan senjata

GAZA — Sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan udara Israel pada Rabu di Semenanjung Gaza, beberapa jam selepas Qatar mengumumkan gencatan senjata antara Hamas dan Israel, yang berkuat kuasa pada Ahad.

Mahmoud Basal, jurucakap Pertahanan Awam Palestin, berkata pesawat perang Israel telah meningkatkan serbuan di beberapa kawasan di Gaza.

XINHUA

You cannot copy content of this page