Puluhan ribu protes respons banjir Sepanyol

VALENCIA – Berpuluh-puluh ribu orang berdemonstrasi pada Ahad di Valencia, dilanda banjir baru-baru ini, dalam protes terbaru seumpama itu terhadap respons kerajaan atas bencana alam yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Tragedi 29 Oktober mengorbankan 231 orang dan memusnahkan sebahagian besar wilayah timur Valencia, menyebabkan beribu-ribu mangsa menghabiskan Krismas tanpa orang tersayang, rumah atau harta benda di negara tradisi Katolik itu.

Pada Ahad, kira-kira 80,000 orang, menurut polis wilayah, sekali lagi mengecam pengendalian bencana alam paling dahsyat di Sepanyol dalam beberapa dekad.

“Selepas semua yang berlaku dengan banjir, tiada ahli politik meletak jawatan, tidak ada akibat, dan mereka tidak melakukan apa-apa,” kata Enrique Soriano.

Kebanyakan kemarahan popular ditujukan kepada ketua wilayah Valencia, Carlos Mazon, dengan penunjuk perasaan menjerit “pembunuh” dan “penjenayah” dan membawa papan tanda bertulis “Mazon letak jawatan.”

“Mazon tidak menjalankan tugasnya. Dan mereka yang tidak melakukan kerja mereka perlu pergi ke jalanan. Terutama seorang penjawat awam,” kata Amparo Mateos dari bandar Picana.

Kemarahan sangat memuncak di Valencia, yang menanggung beban bencana: daripada 231 orang yang terkorban dalam bencana itu, 223 berada di wilayah Valencia. Empat orang masih tersenarai hilang.

Ia menandakan demonstrasi besar ketiga di Valencia atas respons kerajaan, berikutan protes yang diadakan pada 9 dan 30 November yang masing-masing menarik 130,000 dan 100,000 orang, menurut polis Valencia.

Kebanyakan kemarahan tertumpu kepada fakta bahawa ramai penduduk menerima amaran telefon selepas air telah menenggelamkan rumah mereka, manakala beberapa majlis perbandaran tidak mendapat bantuan selama berhari-hari, bergantung kepada sukarelawan untuk kerja menyelamat segera.

Kemarahan popular itu ditunjukkan semasa lawatan 3 November ke pusat bencana oleh Raja Felipe dan Ratu Letizia Sepanyol, bersama Perdana Menteri Pedro Sanchez dan Mazon, apabila mangsa yang terselamat membaling delegasi dengan lumpur dalam imej mengejutkan negara itu.

AN-AFP

You cannot copy content of this page