MOSCOW — Doktrin nuklear Moscow yang disemak semula menggariskan kemungkinan tindak balas nuklear jika Kiev menggunakan peluru berpandu buatan Barat terhadap Rusia, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Selasa.
“Persekutuan Rusia berhak untuk menggunakan senjata nuklear sekiranya berlaku pencerobohan terhadapnya atau Republik Belarus, … dengan penggunaan senjata konvensional, dengan cara yang menimbulkan ancaman kritikal terhadap kedaulatan dan (atau) integriti wilayah mereka,” kata Peskov.
Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri yang meluluskan doktrin nuklear Rusia yang dikemas kini pada Selasa.
Jurucakap itu selanjutnya berkata Rusia akan melihat penggunaan peluru berpandu bukan nuklear Barat oleh Ukraine sebagai serangan oleh negara bukan nuklear dengan sokongan negara nuklear terhadap negara itu, berpotensi mewajarkan penggunaan senjata nuklear oleh Moscow.
Peskov berkata doktrin itu menggariskan bahawa “pencerobohan terhadap Rusia oleh mana-mana negara bukan nuklear dengan penyertaan atau sokongan negara nuklear” akan dianggap sebagai serangan bersama.
XINHUA